RAIH PAHALA BERSAMA MAAHAD TAHFIZ DARUL MUBARAK

LATAR BELAKANG MAAHAD TAHFIZ DARUL MUBARAK
- Memartabatkan syiar Islam melalui al-Quran bergerak iaitu Insan yang menghafal al-Quran dan beramal dengannya.
- Melahirkan para Du'at dalam kalangan Huffaz al-Quran yang menguasai hafazan dan berdaya saing menurut kehendak semasa.
VISI
- Melahirkan generasi al-Quran yang unik & profesional.
- Menghafal serta menguasai al-Quran dalam masa 365 hari.
MISI
Menjadi huffaz modal insan yang cemerlang & berkeupayaan menjadi pemimpin dalam bidang Profesional, Agama & Bangsa.
Peringkat awal tapak pembinaan asrama Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Mubarak dibangunkan.
Keadaan terkini proses pembinaan asrama pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Mubarak yang sedang berlangsung.
BANTUAN PEMBIAYAAN PEMBANGUNAN ASRAMA
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripada amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."
Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)
Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Mubarak sedang membangunkan sebuah asrama untuk penginapan pelajar yang menginap di asrama, dan kini pembinaan asrama sedang beroperasi di alamat No 256, Jalan Haji Wahab, Kg Selboh, 32800 Parit, Perak.
Alhamdulillah, dengan rasa syukur hampir 4 tahun Maahad ini telah terbina dengan doa dan sumbangan orang ramai yang prihatin. Namun kini, kami sedang menghadapi masalah kekurangan dana bagi menyiapkan sebuah bangunan asrama demi keselesaan anak-anak Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Mubarak.
Oleh itu, pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Mubarak dengan rendah hati memohon kesudian Dato/Datin/Tuan/Puan dan kaum muslimin dan muslimat untuk menyumbang dana semampu yang mungkin bagi menjayakan pembinaan Bangunan Asrama Maahad Tahfiz ini. Anggaran kos yang masih diperlukan lagi adalah sebanyak RM 1.74 juta.
Pihak kami menyasarkan jumlah kutipan dapat dicapai menjelang Disember 2021 agar kerja-kerja pembinaan dapat berjalan lancar seperti yang dijadualkan.
✅ PAKEJ C : Sumbangan Asrama RM50
✅ PAKEJ D : Sumbangan Asrama RM20
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 016-523 4043 (Ustaz Salim)
LIKE |FOLLOW |SHARE